top of page

KEADILAN Johor siap siaga, perkemaskan jentera

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 14
  • 1 min read

Pengerusi MPN Johor, Dr Zaliha berucap pada Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi
Pengerusi MPN Johor, Dr Zaliha berucap pada Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi

KEADILAN Johor menyatakan komitmen penuh untuk memperkukuh gerak kerja di semua peringkat cabang dan ranting, selaras dengan pesan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Peringkat Negeri Johor di Hotel Grand Paragon Johor Bahru, semalam.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, menzahirkan penghargaan atas kehadiran presiden bersama-sama saf kepimpinan dalam program berkenaan dan memberikan amanat penuh makna kepada pimpinan di Johor.


"Terima kasih kepada Presiden KEADILAN kerana hadir ke Johor dan bersama-sama pimpinan KEADILAN Johor pada program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Peringkat Negeri Johor," katanya.


Beliau menegaskan, KEADILAN Johor menyambut baik pesanan presiden agar jentera parti di peringkat akar umbi terus digembleng dengan sebaik mungkin.

Pimpinan KEADILAN Johor bersama Presiden datuk Seri Anwar Ibrahim
Pimpinan KEADILAN Johor bersama Presiden datuk Seri Anwar Ibrahim

"Insya-Allah, KEADILAN Johor menyambut baik dan sentiasa bersiap siaga dengan jentera yang telah pun digerakkan," ujar Dr Zaliha.


Program rapat pimpinan dan penyokong yang berlangsung dalam suasana penuh semangat semalam menjadi wadah penyatuan dan pemerkasaan anggota KEADILAN Johor dalam mempersiapkan parti menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri Johor pada tahun depan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page