top of page

KEADILAN Johor semarakkan bulan kemerdekaan, agih Jalur Gemilang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 23
  • 1 min read

Md Ysahrudin (dua dari kanan) dan Fakharuddin (kanan sekali) mengagih bendera di medan selera
Md Ysahrudin (dua dari kanan) dan Fakharuddin (kanan sekali) mengagih bendera di medan selera

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, KEADILAN Johor mengadakan program pengagihan Jalur Gemilang di kawasan Tenggara dan Kota Tinggi sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotisme rakyat.


Program yang mengagihkan hampir 1,000 Jalur Gemilang itu diketuai Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Md Ysahrudin Kusni, dengan sokongan pimpinan cabang serta sukarelawan setempat.


Turut hadir, Ketua Cabang Kota Tinggi, Ibrahim Md Noor; Ketua Cabang Sri Gading, Saad Salleh; Ketua AMK Tenggara, Saddiq Zabidie, serta ahli jawatankuasa cabang Tenggara dan Kota Tinggi.


"Hampir 1,000 bendera tangan telah diagihkan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada 31 Ogos," menurut kenyataan Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim.


Beliau merakamkan penghargaan kepada para sukarelawan dan warga setempat yang menjayakan program tersebut.


"Terima kasih kepada semua sukarelawan dan warga setempat yang menyokong, jom kibarkan Jalur Gemilang," ujarnya.


Program tersebut merupakan antara inisiatif KEADILAN Johor dalam menggerakkan masyarakat ke arah menghayati makna kemerdekaan melalui aktiviti kebersamaan di peringkat akar umbi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page