top of page

KEADILAN Johor sedia hadapi PRN atau PRU 15 - Pengerusi MPN



Spekulasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diadakan pada tahun 2022 menimbulkan persoalan adakah KEADILAN Johor telah bersedia, terutama tempoh penggal pemerintahan yang berbaki setahun sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, parti telah pun bersedia menghadapi kemungkinan PRN biar pun KEADILAN Johor berpendapat pilihan raya melantik Kerajaan Negeri sebaik baiknya disekalikan dengan PRU 15 yang tempohnya tidak begitu lama.


"(Dalam hal pilihan raya) KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) Johor harus terus buat persiapan meskipun sedar keadaan yang tidak kondusif untuk diadakan pilihan raya.


"Gerak kerja bersama rakyat terus ditingkatkan dan gerak kerja jentera parti dimantapkan. Strategi tertentu sedang dirangka untuk menghadapi kelebihan yang dikatakan menyebelahi Umno BN (pilihan raya norma baharu)," katanya kepada Suara Keadilan.


Ahli Parlimen Ledang itu berharap rakyat akan melihat rekod pentadbiran kerajaan PH selama 22 bulan yang mewujudkan pelbagai skim bantuan kepada golongan B40 yang tidak pernah dilakukan sepanjang 60 tahun BN berkuasa.


Katanya, banyak lagi janji manifesto yang belum ditunai akan dilaksanakan sekiranya PH kembali berkuasa selepas pilihan raya akan datang.


"Pendapat saya meskipun sukar dan mencabar (tempoh berkerajaan), tetapi kejayaan PH semasa memerintah Johor selama hampir 2 tahun tetap membawa perubahan baik terutama dalam membantu rakyat seperti air percuma, kad sihat Johor dan tender terbuka yang menghapuskan rasuah dan kronisme.


"KEADILAN sendiri (selepas hilang kerajaan) meneruskan prinsip pembelaan rakyat secara berterusan biar pun dalam keadaan Covid 19 dan bencana banjir," katanya.


Namun jika BN memilih untuk mengadakan PRN dalam kesukaran memulihkan ekonomi pasca pandemik, Syed Ibrahim mahu rakyat menghukum parti itu kerana lebih mementingkan kuasa berbanding survival kehidupan masyarakat bawahan.


"Sekiranya PRN tetap diadakan dalam masa terdekat maka rakyat akan menghukum Umno BN dan PN dengan memilih wakil-wakil yang mereka benar-benar percaya dan yakini untuk selesaikan masalah rakyat dan negeri Johor. Bukan untuk kekalkan kuasa politik semata-mata," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page