top of page

KEADILAN Johor santuni penduduk DUN Bukit Pasir

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 12, 2021
  • 1 min read


KEADILAN negeri Johor baru-baru ini menyantuni penduduk di DUN Bukit Pasir.


Menurut Penyelaras KEADILAN Parlimen Batu Pahat, Khuzzan Abu Bakar, pimpinan-pimpinan negeri dan peringkat Cabang telah turun padang untuk meninjau masalah penduduk di DUN berkenaan.


"Hari ini bersama Ketua Cabang KEADILAN Pagoh dan teman-teman dari Cabang KEADILAN Pagoh turun padang bagi bertemu dan menyantuni penduduk di DUN Bukit Pasir.


"Alhamdulillah, program telah berjalan dengan lancar dan menerima sambutan yang baik dari para penduduk di kawasan ini," katanya.


Khuzzan yang juga ADUN Semerah mengucapkan penghargaan kepada Cabang KEADILAN Pagoh yang berjaya mengadakan program berkenaan.


Beliau berharap DUN Bukit Pasir akan menjadi milik Pakatan Harapan dalam pilihan raya akan datang

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page