top of page

KEADILAN Johor janji terus bela nasib pengundi Parlimen Tebrau


Pengerusi KEADILAN Negeri Johor, Syed Ibrahim Syed Noh memohon maaf kepada para pengundi di Parlimen Tebrau di atas sikap Ahli Parlimen, Steven Choong yang membuat tindakan keluar parti dan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).


Beliau berkata, Steven yang juga merupakan Ketua Cabang Tebrau telah dipecat serta merta sebagai anggota KEADILAN sebagaimana telah disahkan oleh Setiausaha Agung parti.


"Kami akan bermuhasabah dan berbincang agar khidmat dan isu rakyat di Parlimen Tebrau dapat kekal dibela.


"Cabang Tebrau akan disusun semula berlandaskan peruntukan Perlembagaan Parti bagi memastikan keutuhan dan pentadbiran yang mantap di peringkat cabang.


"Jentera KEADILAN di Tebrau akan digerakkan bagi melipat gandakan usaha mendampingi rakyat, membantu dalam menyelesaikan isu berkaitan wabak Covid-19 dan kesulitan ekonomi rakyat, serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 kelak," katanya.


Pada masa sama, Syed Ibrahim berpendapat pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak wajar dilakukan atas apa jua alasan.


"Memperoleh sokongan Ahli-ahli Parlimen melalui ancaman, tawaran jawatan dan habuan sementara memegang tampuk kuasa, lebih-lebih lagi wajar dikecam. Malah ia boleh dianggap satu bentuk rasuah. Rasuah politik yang wajib ditolak oleh rakyat.


"Ternyata dalam keadaan sidang parlimen digantung dan negara masih berhadapan dengan wabak Covid-19 dan ekonomi yang merudum, darurat diambil kesempatan oleh kerajaan PN untuk mengekalkan kuasa dan terus berpolitik," katanya.


Justeru, Syed Ibrahim meminta supaya sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera.


"Tuanku Agong telah menitahkan bahawa sidang parlimen boleh bersidang ketika darurat tetapi sehingga hari ini Perdana Menteri dan kerajaan masih berdiam diri serta tidak memberi sebarang reaksi.


"Apa yang disebutkan dalam Amanat Perdana Menteri semalam hanyalah bahawa beliau akan menasihati Tuanku Agong untuk membubarkan Parlimen supaya pilihanraya boleh diadakan apabila masalah Covid-19 dapat diatasi. Mengapa parlimen tidak boleh bersidang sebelum itu?


"Sidang Parlimen tidak wajar ditangguhkan lagi dan perlu bersidang dengan kadar segera bagi memastikan semak dan imbang berlaku di dalam pentadbiran negara sekarang," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page