top of page

KEADILAN Johor mampu main peranan realisasikan agenda reformasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 1 min read
Presiden KEADILAN dan barisan kepimpinan baharu mahu anggota memperkasakan parti. Foto: FB Anwar
Presiden KEADILAN dan barisan kepimpinan baharu mahu anggota memperkasakan parti. Foto: FB Anwar

Jelajah Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor menekankan agar anggota akar umbi KEADILAN memperkasakan diri dan menjadi tonggak ampuh kepada parti di peringkat negeri.


Menurut Anwar, KEADILAN Johor yang berprestasi baik sebelum ini perlu memantapkan organisasi dalam menghadapi cabaran perjuangan yang semakin mencabar.


"Saya berkesempatan mengadakan pertemuan bersama pimpinan KEADILAN Johor, barisan pejuang akar umbi yang menjadi tulang belakang parti di peringkat negeri.


"Dalam pertemuan ini, saya menitipkan pesanan agar terus merangkul kekuatan, memperkukuh kesatuan, dan memantapkan gerak kerja, demi mendepani medan perjuangan yang semakin mencabar dan memerlukan iltizam yang tinggi," katanya dalam muat naik di Facebook usai menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden KEADILAN di Medini, semalam.


Dalam pertemuan tertutup itu, Anwar yakin KEADILAN Johor mampu memainkan peranan penting dalam meneruskan perjuangan reformasi dan Malaysia MADANI.


"Keyakinan saya tetap utuh bahawa dengan semangat juang yang berterusan, KEADILAN Johor mampu memainkan peranan besar dalam merealisasikan agenda reformasi dan Malaysia MADANI," katanya.


Jelajah presiden di Johor merupakan penganjuran kali kedua selepas seminar pemantapan organisasi diadakan di Melaka dua minggu lalu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page