
KEADILAN Johor mempersiapkan diri menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dengan melipatgandakan gerak kerja di peringkat kawasan.
Sehubungan itu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor melantik Penyelaras Parlimen dan DUN bagi seluruh negeri.
Menurut Setiausaha MPN KEADILAN Johor, Naim Jusri, pelantikan itu diharapkan mampu menyusun dengan rapi gerak kerja di peringkat akar umbi.

"Lantikan penyelaras Parlimen dan DUN berkuatkuasa 18 April lalu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KEADILAN untuk menegakkan agenda pembelaan ke atas rakyat dan reformasi terutama dalam keadaan pandemik Covid-19 dan kesukaran ekonomi.
"Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada usaha bagi memberikan suntikan ke arah memantapkan lagi persediaan PRU melalui kerjasama dan muafakat di antara Cabang-cabang KEADILAN serta rakan-rakan komponen Pakatan Harapan.
"KEADILAN Johor yakin dengan lantikan 32 Penyelaras yang merangkumi 25 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen ini merupakan sebahagian daripada usaha awal gerak kerja untuk memberi fokus dan tumpuan kepada kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang strategik di Johor," katanya dalam satu kenyataan.
Berikut senarai Penyelaras Parlimen dilantik:
1. P140 Segamat - Sdr Yuneswaran A/L Ramaraj
2. P146 Muar - Sdr Naim Jusri
3. P149 Sri Gading - YB Ysahrudin Hj Kusni
4. P150 Batu Pahat - YB Mohd Khuzzan Abu Bakar
5. P153 Semberong - Sdr Mohd Shahrun Radzi Salehudin
6. P164 Pontian - Sdr Haniff Hosman
7. P165 Tg Piai - Dr. Zaliha Mustaffa
Senarai Penyelaras DUN:
1. N01 Buloh Kasap - Sdr Francis Sales A/L Balan
2. N03 Pemanis - Sdr Mohd Norfaiz Aladin
3. N05 Tenang - Sdr Yoong Thau
4. N08 Bukit Pasir - Sdr Subramani A/L Chami
5. N09 Gambir - Sdr Mohd bin M Said
6. N16 Sg Balang - Sdr Abdullah Sahid
7. N18 Sri Medan - Sdr Azmi Masrani
8. N20 Semarang - Sdr C Kalytas A/L Chandrahasan
9. N22 Parit Raja - Sdr Naquib Carmeil
10. N25 Rengit - Sdr Malikfaishal Ahmad
11. N27 Layang - Layang - Sdr Wong Yung Chin
12. N31 Kahang - Sdri Haryati Abu Nasir
13. N32 Endau - Sdr Omar Mokhtar A Manap
14. N33 Tenggaroh - Sdri Zulinah Johari
15. N34 Panti - Sdr Fakharudin Moslim
16. N36 Sedili - Sdri Hamidah Hamid
17. N37 Johor Lama - Sdr Steven Chin
18. N39 Tanjong Surat - Sdr Chong Chun Yet
19. N41 Puteri Wangsa - Sdri Napsiah Khamis
20. N43 Permas - Dr. Zammil Najwah Arbain
21. N44 Larkin - Sdr Mohd Salleh Ahmad
22. N47 Kempas - Sdr Muhammad Faezzudin Puad
23. N50 Bukit Permai - Sdr Mohd Syafiq Hatta
24. N53 Benut - Sdr Nazri Ismail
25. N56 Kukup - Sdr Mohd Zaiful Bakri
Menurut Naim lagi, KEADILAN Johor percaya kesemua Penyelaras yang terlantik akan menggalas amanah dan tanggungjawab dengan penuh komitmen demi prinsip, rakyat dan parti.