top of page

KEADILAN Johor lakukan kunjungan hormat, fokus perkukuh ekonomi negeri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 28
  • 1 min read

Pimpinan KEADILAN Johor diberi taklimat mengenai pembangunan negeri oleh Exco Lee Ting Han
Pimpinan KEADILAN Johor diberi taklimat mengenai pembangunan negeri oleh Exco Lee Ting Han

Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor yang diketuai Timbalan Pengerusi Negeri, Md Ysahrudin Kusni kelmarin mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han, di pejabat beliau.


Menurut kenyataan penerangan KEADILAN Johor, kunjungan tersebut turut disertai ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, Setiausaha KEADILAN Johor, Khuzan Abu Bakar, Ketua Penerangan Negeri, Fakharuddin Moslim, serta beberapa pimpinan negeri lain.


"Perbincangan memfokuskan kepada usaha memperkukuh ekonomi Johor, termasuk taklimat berhubung Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) serta pertukaran pandangan dan cadangan bagi memastikan manfaat pelaburan dan pembangunan dinikmati oleh rakyat negeri ini," kata kenyataan itu.


Pihak KEADILAN Johor turut merakamkan penghargaan kepada YB Lee Ting Han atas penerimaan mesra serta taklimat yang disifatkan informatif dan konstruktif.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page