KEADILAN Johor diberi taklimat strategi GOTV hadapi PRN Sabah
- Suara Keadilan
- 20 hours ago
- 1 min read

KEADILAN Johor memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah melalui sesi taklimat strategik melibatkan kepimpinan cabang dan akar umbi, dengan fokus terhadap pelaksanaan inisiatif Get Out The Vote (GOTV).
Sesi berkenaan turut menampilkan perkongsian daripada Anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Nurin Aina, yang menjelaskan kepentingan penggunaan data secara strategik dan pendekatan berkesan dalam menggerakkan sokongan pengundi.
Turut berkongsi pendapat, Ketua Cabang KEADILAN Tenom, Herbert Roger London, yang menceritakan pengalaman lapangan dalam usaha memperkukuh jentera pilihanraya di peringkat negeri Sabah.
Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim berkata, sesi taklimat ini membuktikan kesungguhan parti dalam memastikan persediaan jentera berada pada tahap optimum.
"Taklimat ini memberi penekanan terhadap peranan penting GOTV, penggunaan data secara strategik, serta pendekatan efektif dalam menggerakkan sokongan akar umbi menjelang pilihan raya," katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, pelbagai pandangan diluahkan bagi memastikan gerak kerja parti bukan sahaja efisien, tetapi mampu menghasilkan keputusan yang nyata di lapangan.
"Pelbagai pandangan dan idea turut dikongsi bagi memperkukuh strategi persediaan pasukan KEADILAN Johor, selaras dengan komitmen untuk memastikan gerak kerja parti lebih tersusun, berfokus dan berimpak tinggi," ujarnya.
Sesi berkenaan menjadi sebahagian daripada usaha berterusan KEADILAN untuk memperkukuh koordinasi antara jentera negeri dan jentera pusat yang datag membantu menjelang PRN Sabah.