top of page

KEADILAN Johor berdiri teguh di belakang Anwar, teruskan agenda Reformasi


KEADILAN Johor menyokong penuh kepimpinan Presiden KEADILAN dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus mengemudi politik pembangkang.


Menurut kenyataan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, kepimpinan Anwar perlu dikekalkan demi meneruskan perjuangan 'reformasi institusi' yang sukar diketengahkan oleh mana-mana pemimpin lain.


"Kami akan terus kekal menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden KEADILAN dan Pengerusi PH yang sentiasa cekal dalam perjuangan walaupun diduga dengan pelbagai ujian selama ini.


"Keteguhan pegangan prinsip, kejituan penegakan agenda reformasi dan kenegarawanan beliau jelas terserlah dalam krisis yang dihadapi negara sekarang.


"Kami yakin ciri-ciri ini penting dalam memacu negara keluar daripada krisis Covid 19, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.


"Kami akan meneruskan agenda reformasi pembelaan rakyat dan institusi negara tanpa bertolak ansur tentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," kata mereka dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, MPN Johor mahu ahli KEADILAN menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar tanpa berbelah bahagi.


Menurut mereka, dengan keadaan rakyat yang susah tanpa sara hidup mencukupi, pendapatan tetap serta ekonomi yang tidak menentu maka agenda tersebut wajib dikukuhkan.


"Kami mendoakan moga kesihatan rakyat terus terjaga tanpa diabaikan dengan kekusutan politik dan negara dapat bangkit daripada krisis kesihatan serta ekonomi dengan pemerintahan yang betul.


"Kami juga menyeru saf kepimpinan, anggota parti dan akar umbi untuk terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Presiden dan prinsip yang diperjuangkan.


"Kami menggesa pemimpin dan anggota parti untuk terus mengukuhkan parti dan memantap penyusunan serta gerak kerja parti ke arah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 untuk mengembalikan mandat rakyat yang telah dimenangi dalam PRU-14," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi MPN KEADILAN Johor Syed Ibrahim Syed Noh, Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, R. Yuneswaran.



0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page