KEADILAN Johor anjur kempen penubuhan ranting baharu
- Suara Keadilan
- Feb 8
- 1 min read

KEADILAN Johor baru baru ini menganjurkan Taklimat Kempen Penubuhan Ranting Negeri Johor.
Bertempat di Muar Traders Hotel, program yang diterajui oleh Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Aminuddin Harun itu diadakan khusus untuk memperbanyak ranting bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri dalam tempoh dua tahun ke depan.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Firdaus Zainal, majlis berkenaan dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, diikuti Senator Datuk Dr Ahmad Azam mewakili sekretariat.
"Selain taklimat, turut diadakan sesi soal jawab bagi memastikan semua anggota mendapat pemahaman jelas tentang proses penubuhan ranting. Ini sekaligus membantu memperkukuhkan akar umbi parti agar terus teguh dan mantap di Negeri Johor," katanya.
Timbalan Setiausaha Agung kemudiannya menjelaskan tentang SOP penubuhan ranting, manakala Ketua Setiausaha Pengelola, Zahir Hassan memberi penerangan mengenai pemerkasaan ranting.
Kemuncaknya, kata beliau, Datuk Seri Aminuddin menyampaikan amanat mengenai program penambahan ranting itu.
Hadir sama dalam program berkenaan ialah anggota Majlis Pimpinan Negeri Johor, pimpinan peringkat cabang, Angkatan Muda KEADILAN Johor, Wanita KEADILAN Johor serta para anggota parti dari seluruh negeri.
Commentaires