top of page

KEADILAN Johor agih Jalur Gemilang semarak patriotisme

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 27
  • 1 min read

Pengagihan Jalur Gemilang semarakkan semangat patriotisme rakyat Johor
Pengagihan Jalur Gemilang semarakkan semangat patriotisme rakyat Johor

KEADILAN Johor menganjurkan Kempen Agihan Jalur Gemilang Seluruh Johor sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.


Pelancaran kempen tersebut disempurnakan oleh Pengerusi KEADILAN Negeri Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, yang memulakan agihan secara simbolik di Muar.


Menurut satu kenyataan, kempen itu membekalkan Jalur Gemilang ke 26 cabang KEADILAN di Johor untuk diagihkan kepada orang ramai.


"Melalui inisiatif ini, KEADILAN Johor akan menyantuni kesemua 26 cabang di seluruh negeri Johor, sebagai tanda menyemarakkan semangat patriotisme serta kecintaan kepada tanah air bersempena Bulan Kebangsaan," kata kenyataan tersebut.


Tambah kenyataan itu, langkah tersebut diambil bagi memastikan semangat kecintaan kepada negara dapat dirasai di setiap peringkat masyarakat, tanpa mengira latar belakang dan kedudukan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page