top of page

KEADILAN, Jingga 13 bantu mangsa banjir Kluang

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 13, 2021
  • 1 min read

ree

KEADILAN dengan kerjasama NGO Jingga 13 Kluang baru-baru ini menyampaikan sumbangan bahan makanan dan keperluan kebersihan diri kepada mangsa banjir di Kampung Tanah Runtuh, Kluang.


Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Kluang, Jaafar Matek, sumbangan itu disampaikan oleh pemimpin KEADILAN dan Jingga 13 tempatan.


"Sebanyak 40 keluarga orang asal telah menerima sumbangan yang telah disampaikan kepada mangsa banjir yang memerlukan," katanya.


Antara yang menyampaikan sumbangan adalah Ketua Cabang Kluang, Kalytas; Koordinator Jingga 13 Kluang, Jaafar; AJK Jingga 13 Kluang, Rosli; AJK Jingga 13 Kluang, Johan Arif dan AJK Cabang Kluang, Kamarudin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page