
Menyedari masyarakat kian terbeban dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, KEADILAN Jasin terus mengorak langkah memberi bantuan kepada masyarakat.
Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN Cabang Jasin, bantuan diberi oleh Ketua Cabang Jasin, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tanpa henti kepada penduduk yang memerlukan atau terputus barangan keperluan.
"Walaupun jadual Datuk Seri begitu padat mengagihan bakul makanan di sekitar Parlimen Hang Tuah Jaya, namun beliau tetap meluangkan masa turut sama membantu masyarakat yang memerlukan.
"Dalam masa sama, Penyelaras DUN KEADILAN Parlimen Jasin serta Jawatankuasa KEADILAN Cabang Jasin terus bergerak membantu masyarakat misalnya di Sungai Rambai dan Serkam.
"Usaha ini digembleng sama dengan bantuan pelbagai NGO serta sukarelawan bagi memastikan masyarakat yang terkesan ini dapat dibantu sama atas prinsip terus berkerja dan berkhidmat," katanya.
Turut sama dalam aktiviti bantuan itu ialah Naib Ketua Cabang KEADILAN Jasin, Marhan Berahim, Ketua Wanita KEADILAN Cabang Jasin, Noranizah Abd Karim dan Srikandi KEADILAN Cabang Jasin, Fify Nuriety serta Jawatankuasa yang terlibat.