top of page

KEADILAN Jasin agih bantuan makanan kepada Orang Asli

Updated: Jul 22, 2021


Kesukaran hidup akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bukan sahaja menjejaskan masyarakat di bandar dan luar bandar, komuniti Orang Asli juga terkesan.


Sehubungan itu, KEADILAN Cabang Jasin baru-baru ini mengambil inisiatif mengagihkan bantuan makanan ke perkampungan Orang Asli di Kampung Lubuk Bandung, Asahan dan sekitar Simpang Bekoh.


Menurut Naib Ketua Cabang KEADILAN Jasin, Marhan Berahim, program menyantuni masyarakat dan pengagihan bantuan makanan ini telah disampaikan oleh Ketua Cabang KEADILAN Jasin Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.


"Terdapat 15 keluarga di perkampungan Orang Asli yang menerima bantuan dan diharapkan dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terkesan dengan PKP ini," katanya.


Jelas beliau lagi, program seumpama itu akan senantiasa diteruskan dari masa ke semasa bersama Jawatankuasa Cabang Jasin dan dibantu oleh NGO serta sukarelawan bagi memastikan masyarakat yang terkesan mendapat bantuan sewajarnya.


Turut sama dalam program tersebut ialah Ketua Wanita KEADILAN Cabang Jasin, Noranizah Abd Karim, Setiausaha Pengelola KEADILAN Jasin dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam pengagihan sumbangan.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page