top of page

KEADILAN Jasin agih bantuan kepada keluarga hadapi kesukaran PKP

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 3, 2021
1 min read

KEADILAN Cabang Jasin baru-baru ini mengagihkan bantuan kepada beberapa keluarga yang hampir putus bekalan makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.


Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN Cabang Jasin, KEADILAN Jasin melalui Naib Ketua Cabang, Shukur Rassal telah memberi bantuan kepada beberapa keluarga di Kampung Anak Air Serkam.


"Kita telah mendapat maklumat daripada penduduk mengatakan terdapat beberapa keluarga yang memerlukan bantuan. Justeru kami cuba membantu sebaik mungkin dengan memberi sumbangan barangan keperluan asas.


"Terima kasih kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Cabang KEADILAN Jasin atas keperihatinan beliau," katanya.


Menurutnya lagi, disebalik wabak Covid 19 yang tidak nampak kesudahannya, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan.


Turut sama Srikandi KEADILAN Cabang Jasin, Fify Nuriety serta sukarelawan KEADILAN DUN Serkam.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page