KEADILAN jangan terkandas, angkat martabat negara - Saifuddin
- Suara Keadilan

- Nov 25, 2023
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Jentera KEADILAN diingatkan untuk tidak terkandas dalam memaknai agenda Reformasi takkala parti itu sudah menerajui negara.
Mengambil pesanan Perdana Menteri, Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, KEADILAN tidak seharusnya melupakan perjuangan 24 tahun itu dalam membawa perubahan yang lebih baik.
“Ada pemimpin yang lantang mengangkat suara rakyat kemudian selama berkuasa menjadi diktator dan perompak harta negara.
“Justeru, semalam, dalam mesyuarat khas kepimpinan utama parti, Presiden berpesan agar parti tidak terjerumus ke dalam acuan itu.
“Jika ini dapat lakukan, maka kita boleh diangkat menjadi sebuah negara yang gah dan dihormati kawan dan lawan,” katanya dalam ucapan perasmian Kongres Nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam ini.
Selain itu, Saifuddin turut memaklumkan jumlah
keahlian terkini adalah seramai 1.1 juta orang yang terdiri daripada 222 cabang berdaftar di seluruh negara,
“Cabang Kapar mempunyai jumlah keanggotaan tertinggi iaitu seramai 27,000 ahli.
"Ia diikuti Kuala Langat dengan seramai 24,392 ahli, Kota Raja (23,762) dan Hulu Selangor (22,731).
"Serta, kelima teratas adalah Cabang Sungai Buloh iaitu seramai 22,395 ahli. Syabas kita ucapkan," ujarnya.




Comments