top of page

KEADILAN Hulu Selangor raikan komuniti Orang Asal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 29
  • 1 min read

Seramai 40 penduduk Orang Asal Kampung Bukit Manchung dibawa menyaksikan perlawanan bola sepak
Seramai 40 penduduk Orang Asal Kampung Bukit Manchung dibawa menyaksikan perlawanan bola sepak

Oleh: Azuan Ab Rahman


KEADILAN Hulu Selangor terus melaksana pelbagai program bagi mendekati masyarakat termasuk komuniti Orang Asal di daerah itu.


Sempena program 'Batang Kali Days Out Siri 7' yang diadakan baru-baru ini, seramai 40 penduduk Orang Asal Kampung Bukit Manchung, Bukit Beruntung diraikan dan dibawa menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


"Perasaan ceria jelas terpancar pada wajah anak-anak dan ibu bapa dibawa menyaksikan perlawanan bola sepak antara Selangor FC dan Terengganu FC.


"Ramai daripada mereka merasai pengalaman pertama kali menonton aksi pasukan kegemaran secara langsung di stadium," kata Timbalan Ketua Cabang Saifuddin Shafi Muhammad dalam satu hantaran di Facebook.


Selesai perlawanan, komuniti tersebut turut berpeluang menyertai sesi ‘Meet & Greet’, bergambar serta beramah mesra bersama pemain Selangor FC.


"Program Batang Kali Days Out adalah ruang untuk meraikan komuniti, berkongsi kegembiraan, dan membina semangat kebersamaan.


"Tujuannya program kali ini bukan sahaja untuk memberi pengalaman baharu kepada komuniti Orang Asal, tetapi untuk mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat.


"Insya-Allah, selepas ini kita akan bawa pula kampung lain untuk sama-sama menikmati pengalaman ini," tambahnya.


Saifuddin yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Selangor dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon atas sokongan bagi menjayakan program tersebut.


Beliau menyatakan harapan agar inisiatif tersebut dapat menyuntik semangat kebersamaan antara warga Orang Asal Bukit Manchung dan masyarakat umum.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page