top of page

KEADILAN Hulu Selangor perhebat gerak kerja akar umbi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

Saifuddin Shafi bertemu generasi muda peneroka bagi mengukuhkan gerak kerja akar umbi
Saifuddin Shafi bertemu generasi muda peneroka bagi mengukuhkan gerak kerja akar umbi

Oleh: Azuan Ab Rahman


KEADILAN Cabang Hulu Selangor terus menggiatkan usaha memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi termasuk di komuniti Felda.


Usaha itu bagi memastikan KEADILAN kekal menjadi wadah yang bukan sahaja memperjuangkan keadilan sosial, tetapi juga menjadi pemangkin pembangunan komuniti luar bandar.


Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, beliau berkesempatan mengadakan pertemuan bersama ahli-ahli akar umbi di Ranting KEADILAN Sungai Tengi pada Sabtu bagi menyantuni penduduk serta mendengar sendiri isu-isu setempat yang dibangkitkan.


"Perbincangan isu-isu tempatan seperti ini sangat bermakna, khususnya dalam merangka perancangan pembangunan yang lebih mapan untuk komuniti Felda," katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Pertemuan tersebut dianjurkan oleh Saudara Imam Muhammad Abu Hassan bersama Saudari Siti Noor Afzan yang juga AJK Cabang dan Wanita Cabang KEADILAN Hulu Selangor.


Menurut Saifuddin, antara perkara utama yang diketengahkan dalam sesi tersebut adalah keperluan memberi perhatian kepada pembangunan belia, agar lebih banyak peluang dapat diwujudkan untuk anak muda Felda terus maju ke hadapan.


"Beberapa cadangan turut dikemukakan termasuk penganjuran program penerangan, aktiviti pembangunan jati diri serta inisiatif pemerkasaan ekonomi bagi generasi kedua dan ketiga Felda," jelasnya.


Bagi memastikan isu-isu berkaitan Felda dapat dibawa dengan lebih terarah ke peringkat lebih tinggi, Saifuddin memaklumkan satu jawatankuasa khas akan diwujudkan melibatkan Felda Sungai Tengi, Felda Sungai Tengi Selatan, Felda Soeharto dan Felda Gedangsa.


"Saya menyambut baik segala pandangan yang diberikan. Inilah semangat yang kita mahu pupuk agar suara rakyat didengari dan pandangan mereka dihormati," tambah beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page