top of page

KEADILAN Hulu Selangor kukuh akar umbi, tubuh Ranting Gedangsa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 3
  • 1 min read

Ranting Gedangsa ditubuhkan untuk melancarkan gerak kerja di akar umbi
Ranting Gedangsa ditubuhkan untuk melancarkan gerak kerja di akar umbi

Oleh: Azuan Ab Rahman


KEADILAN Hulu Selangor terus memperkukuh kekuatan parti di peringkat akar umbi dengan penubuhan Ranting Gedangsa, sebagai langkah strategik memastikan perjuangan parti dekat di hati rakyat.


Timbalan Ketua Cabang Saifuddin Shafi Muhammad berkata, penubuhan ranting baharu itu mencerminkan komitmen KEADILAN Hulu Selangor untuk meneruskan agenda reformasi secara tuntas dan berterusan.


"Penubuhan Ranting Gedangsa membuktikan bahawa perjuangan KEADILAN bukan sekadar retorik di atas kertas, tetapi diterjemahkan melalui usaha turun padang, mendengar denyut nadi rakyat dan membawa suara mereka ke peringkat lebih tinggi," katanya dalam muat naik di Facebook.


Menurut Saifuddin, beliau telah diwakili oleh Timbalan Setiausaha Cabang Hulu Selangor, Saudara Shah Ikram; Setiausaha Pengelola, Puan Hayati Binti Chat; serta Ketua Angkatan Muda Keadilan Hulu Selangor, Saudara Muhammad Ghafurullah Bin Ismail untuk menghadiri acara pembukaan ranting tersebut.


Selain meraikan penubuhan ranting, program tersebut turut dimanfaatkan sebagai ruang perbincangan isu-isu setempat, termasuk inisiatif memperkasa komuniti Gedangsa secara lebih tersusun dan berkesan.


"Pertemuan ini juga memberi peluang kepada kami untuk merangka strategi memperkukuh jaringan akar umbi, agar gerak kerja parti di Hulu Selangor lebih mantap dan terselaras," tambah Saifuddin.


Dalam kenyataan yang sama, beliau merakamkan penghargaan kepada semua ahli serta penduduk Gedangsa yang hadir memberikan sokongan pada acara tersebut.


"Saya percaya, dengan komitmen padu daripada semua peringkat, daripada pimpinan cabang hingga ke ranting, kita mampu memperkukuh gerakan ini dan membawa KEADILAN lebih dekat dengan rakyat.


"Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih baik untuk masyarakat Gedangsa dan Hulu Selangor secara keseluruhannya," tambah Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN pusat itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page