top of page

KEADILAN Hulu Selangor anjur program korban bersama rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 9
  • 2 min read
KEADILAN Cabang Hulu Selangor menyumbang 4 ekor lembu sempena ibadah korban pada tahun ini
KEADILAN Cabang Hulu Selangor menyumbang 4 ekor lembu sempena ibadah korban pada tahun ini

KEADILAN Cabang Hulu Selangor menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini dengan pelaksanaan program ibadah korban melibatkan beberapa kawasan dalam daerah tersebut.


Sebanyak empat ekor lembu dan sepuluh ekor kambing disumbangkan Kerajaan Negeri kepada komuniti setempat dan agihan daging korban telah diserahkan kepada 350 penerima asnaf di sekitar kawasan itu.


Timbalan Ketua Cabang, Saifuddin Shafi Muhammad, berkata pelaksanaan program korban bukan sahaja menzahirkan tuntutan agama tetapi juga berperanan besar dalam merapatkan hubungan antara rakyat dan pemimpin.


"Sebelah pagi saya berkesempatan ke Felda Gedangsa, Hulu Bernam bagi menyantuni program korban bersama penduduk setempat.


"Program kerjasama Pejabat Setiausaha Politik, penduduk Felda dan KEADILAN Cabang ini menjadi simbol ukhuwah yang terus subur dalam masyarakat," katanya dipetik.


Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor turut memuji peranan aktif Wanita KEADILAN Hulu Selangor yang turut menganjurkan ibadah korban di Surau An-Nur, Lembah Beringin.


Program diketuai Puan Natrah Ali, Timbalan Ketua Wanita Cabang itu jelasnya telah mendapat kerjasama baik daripada penduduk tempatan, khususnya golongan wanita yang memainkan peranan utama dalam menjayakannya.


Selain itu menurut Saifuddin, beliau turut menyantuni penduduk di Perumahan Anggerik dan Perumahan Seroja Bukit Sentosa, yang melaksanakan ibadah korban secara bergotong-royong.


Program kemuncak Aidiladha KEADILAN Hulu Selangor diadakan di Kg Sungai Choh, menerusi program korban bersama masyarakat anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Hulu Selangor diketuai oleh Sdr Ghaffurullah.


"Sambutan Aidiladha kali ini jelas membuktikan peranan aktif KEADILAN dalam mendekati rakyat serta memupuk perpaduan melalui semangat pengorbanan dan kepedulian sosial.


"Inilah wajah sebenar Malaysia – kita bersatu hati, bergotong-royong dan saling membantu demi kebaikan bersama. Insya-Allah, dengan semangat sebegini, kita mampu membina masyarakat yang lebih harmoni dan penyayang," tambahnya sambil menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program semalam.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page