KEADILAN Gombak tidak terkesan dengan pemergian Naib Ketua Cabang



KEADILAN Cabang Gombak tidak terkesan atau berasa kehilangan dengan penyertaan Naib Ketua Cabang Gombak (lantikan), Dave Lee ke dalam Bersatu.


Ketua Penerangan KEADILAN Gombak, Syed Ali Al-Idrus berkata, masih banyak pimpinan KEADILAN di Gombak yang sedia mengambil alih tempat pemimpin yang meninggalkan perjuangan bagi menegakkan obor KEADILAN di Cabang berkenaan.


"KEADILAN Gombak sedikit pun tidak terkesan dengan pemergian Dave. Bak kata pepatah Melayu 'adanya tak menambah, perginya tidak mengurang'.


"Malah, KEADILAN Gombak semakin hari semakin bersemangat dengan kemasukan ahli baru yang begitu ramai dan ditambah dengan aktifnya semula para reformis dalam memperkukuhkan perjuangan KEADILAN.


"Buat masa ini KEADILAN Gombak akan memberi fokus utama dalam membantu rakyat yang terkesan dengan bencana pandemik Covid 19.

"Tenaga dan masa kami dicurahkan dalam menyelesaikan masalah rakyat dan mendukung penuh segala usaha serta gerak kerja bersama Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Syed Ali, pemergian ahli politik yang tidak sabar ke dalam parti pengkhianat merupakan perkara biasa.


Tambahan pula, katanya, Bersatu sedang aktif menggunakan pelbagai cara untuk memancing ahli Umno, Pas, Amanah dan KEADILAN bagi menyertai parti tersebut.


Untuk rekod, MB Amiruddin merupakan penyelaras Parlimen Gombak selepas Azmin Ali berkhianat pada Mac tahun 2020.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio