top of page

KEADILAN fokus pelbagai isu di DUN Pantai Jerejak


ADUN Pantai Jerejak, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membangkitkan pelbagai isu bersempena dengan mesyuarat pertama penggal ke-4 DUN Pulau Pinang.


Beliau berkata, isu tersebut perlu diketengahkan di DUN yang dianggap sebagai platform penting dalam peranan semak dan imbang, pengawasan dan pembuat undang-undang dan polisi.


"Isu-isu utama termasuklah kesan pandemik Covid-19, kes positif, kematian, vaksinasi, kemudahan kesihatan, khidmat sokongan khususnya dalam DUN Pantai Jerejak," katanya.


Tambahnya, beliau juga membangkitkan isu seperti banjir, peniaga kecil, penguatkuasa MBPP, kesesakan trafik, penyelenggaraan rumah pangsa dan apartment, zakat, wakaf, sumber manusia dan ekonomi negeri semasa pandemik Covid-19.


"Saya ucapkan terima kasih kepada team penyelidik pusat khidmat DUN Pantai Jerejak dan pegawai-pegawai agensi dan jabatan kerajaan yang memberi panduan dan idea," katanya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page