top of page

KEADILAN DUN Rengit agih bantuan barang keperluan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 13, 2021
  • 1 min read

KEADILAN DUN Rengit, Johor baru-baru ini mengagihkan bantuan barangan dapur kepada ketua-ketua Ranting untuk disumbangkan ke masyarakat di kawasan masing-masing.


Menurut Penyelaras KEADILAN DUN Rengit, Malik Faisal Ahmad, aktiviti sumbangan tersebut juga bagi menggilap bakat kepimpinan pelapis KEADILAN supaya mereka lebih rapat bersama penduduk


"Saya perlu menggilap awal bakat anak-anak buah saya menjadi seorang pemimpin berkualiti bagi menyambung khidmat-khidmat saya kepada masyarakat.


"Saya selalu pesan kepada mereka, permudahkan hidup seseorang, ringankan beban mereka yang susah dan yang kurang upaya.


"Berikan senyuman buat mereka. Inilah kepuasan dalam memberikan khidmat," katanya yang juga Naib Ketua Cabang Batu Pahat.



Pemimpin Ranting KEADILAN menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada penduduk

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page