top of page

KEADILAN DUN Pasir Raja bantu pesakit stroke


KEADILAN DUN Pasir Raja baru-baru ini memberi bantuan kepada seorang pesakit angin ahmar.


Menurut Penyelaras DUN Pasir Raja, Fakharuddin Moslim, Saudara Abdul Razak yang tinggal di Felda Bukit Besar telah menderita penyakit berkenaan sejak 3 tahun lalu. Tambah menyedihkan, isteri beliau kini terlantar di hospital kerana menghadapi masalah buah pinggang.


"Sebelum ini, isteri beliau berniaga sarapan pagi secara kecil-kecilan. Kini sesudah isteri beliau jatuh sakit, mereka terputus terus punca pendapatan.


"Kami, pasukan Penyelaras KEADILAN DUN Pasir Raja, menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada beliau. Semoga sumbangan ini meringankan beban beliau.


"Terima kasih individu dan rakan-rakan dari Cabang Tenggara dan Angkatan Muda KEADILAN Tenggara yang membantu mendapatkan maklumat mereka yang memerlukan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page