Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kota Tinggi, Fakharuddin Moslim bersama Ketua AMK Tenggara, Muhammad Syaamil baru-baru ini menziarahi seorang pesakit kanser tahap tiga.
Menurut Fakharuddin yang juga Penyelaras KEADILAN DUN Panti, pesakit yang tinggal di Kampung Kelantan itu hilang mata pencarian sejak beberapa bulan lalu dan AMK telah menghulurkan sedikit sumbangan buat beliau dan keluarga.
"Penularan Covid 19 dan tempoh PKP memberikan kesan besar kepada beliau sekeluarga.
"Awal tahun lalu, rumah yang beliau duduki teruk dilanda musibah banjir, dan mengalami kerosakkan harta benda.
"Semoga bantuan kecil dari AMK dapat meringankan beban beliau sekeluarga," katanya.
Comments