top of page

KEADILAN DUN Panti agih nanas kepada 300 penduduk


Penyelaras KEADILAN DUN N34 Panti baru-baru ini menganjurkan program pengagihan nanas kepada sekitar 300 penduduk di DUN berkenaan.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kota Tinggi yang juga Penyelaras DUN, Fakharuddin Moslim, program agihan itu turut disertai #TeamPanti bersama Ketua Cabang KEADILAN Tenggara, saudara Shamsuri yang menyantuni penduduk di DUN Pasir Raja bawah Parlimen Tenggara.


"Kami menyumbang 4 bakul nanas kepada hampir 300 penerima.


"Kami bermula di Felda Bukit Ramun, Felda Pasir Raja, dan Felda Bukit Besar. Kehadiran kami disambut baik oleh penduduk.


"Kami juga menerima respons yang baik dari penduduk Parlimen Tenggara dan mereka berharap agar kami sentiasa berkomunikasi dengan lebih kerap serta jalankan aktiviti turun padang menyantuni masyarakat di kawasan Parlimen Tenggara, khususnya di DUN Pasir Raja," katanya.


Menurut Fakharuddin, KEADILAN akan meneruskan Program #KeadilanTawanTenggara dari masa ke semasa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page