top of page

KEADILAN DUN Larkin jalankan kerja sanitasi anti Covid 19

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Sep 15, 2021
1 min read


KEADILAN DUN Larkin baru-baru ini menjalankan kerja-kerja sanitasi percuma bagi membunuh virus Covid 19.


Menurut Penyelaras KEADILAN DUN Larkin, Salleh Ahmad, kerja-kerja sanitasi tersebut dilakukan di kawasan Rumah Pangsa Larkin.


"Berikutan kebimbangan meningkatnya kes Covid-19 yang dikhuatiri akan menyebabkan penyebaran kes sporadik, saya mengetuai team Sanitasi Larkin telah menjalankan kerja-kerja sanitasi awam di 4 block Rumah Pangsa Larkin dan juga Surau Darul Akhirah," katanya yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru.


Johor dalam seminggu kebelakangan ini mencatat kes jangkitan melebihi 1,000 kes sehari dan meningkatkan kebimbangan virus Covid 19 menyebar dengan pantas di negeri itu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page