KEADILAN DUN Cheka anjur kursus khidmat masyarakat
- Redzuan Shamsudin
- Oct 27, 2021
- 1 min read

KEADILAN DUN Cheka, Pahang baru-baru ini menganjurkan kursus khidmat masyarakat yang diadakan di sebuah hotel di Kuantan.
Menurut Penyelaras KEADILAN DUN Cheka, Mohd Hashim Mansor, kursus selama 2 hari itu adalah bagi memantapkan aktivis parti dalam hal pengendalian khidmat masyarakat setempat serta daerah, terutama menghadapi musim tengkujuh yang bakal menjelang.
"Untuk masa akan datang, kita bersedia melakukan khidmat bantuan terhadap masyarakat setempat bila tiba musim banjir.

"Ianya (musim tengkujuh) sudah tidak lama lagi kerana bulan November dan Disember biasanya bulan yang mencabar dan kesabaran adalah penting bagi penduduk Pantai Timur menghadapi banjir," katanya.
Menurut Hashim lagi, peserta kursus juga diberikan latihan berkaitan penggunaan media terkini, terutama media sosial sebagai satu medium menyalurkan maklumat sesama anggota masyarakat. Sama ada menyampai khidmat, menyebarkan berita kepada msyarakat dan membantu mereka secara tepat dan cepat.
Seramai 100 peserta mengikuti kursus tersebut, kata Hashim, dan diharapkan dapat membantu DUN Cheka dan daerah Lipis di Pahang dalam mengurus dan berbakti kepada masyarakat ketika musim tengkujuh nanti.
コメント