
KEADILAN DUN Bukit Pasir baru baru ini mengagihkan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada kaum Tioghua yang bakal menyambut perayaan berkenaan pada bulan hadapan.
Menurut Penyelaras KEADILAN DUN Bukit Pasir, Subramani Chami, sumbangan kali ini diagihkan bersama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.
"Bertempat di Warong Sue & Ujang, Taman Bintang Emas, Bukit Pasir sumbangan tahun baharu kami disampaikan kepada masyarakat setempat.
"Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang turut menjayakan program ini, serta pihak warong yang memberikan kerjasama yang amat baik," katanya.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Penyelaras KEADILAN DUN Semarang saudara Kalythas, merangkap Ketua Cabang Kluang juga saudara Francis, Penyelaras DUN Buloh Kasap merangkap Ketua Cabang Segamat, Datuk Ravishankar Ketua Cabang Labis dan saudara Ramesh Ketua Cabang Iskandar Puteri.
Comments