top of page

KEADILAN diramal menang banyak kerusi DUN di Selangor - Penganalisis



Penganalisis politik meramalkan Selangor akan terus ditadbir Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.


Pandangan itu hadir selepas Pesuruhjaya Pas Selangor Ahmad Yunus Hairi pada 16 Januari lalu menyuarakan keyakinannya Perikatan Nasional (PN) berpeluang cerah merampas negeri itu.


Menurut Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, PH bukan sahaja akan mengekalkan pentadbiran di negeri itu, malah beliau menjangkakan KEADILAN yang menjadi tunjang kepada Kerajaan Negeri akan meraih lebih banyak kerusi berbanding pilihanraya lalu.

Pandangan itu bukan sahaja disandarkan kepada prestasi pentadbiran negeri tetapi jelasnya pengaruh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini telah diangkat sebagai Perdana Menteri akan menyumbang kekuatan.


"Penerimaan positif umum terhadap presiden parti, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan memastikan KEADILAN mampu menambat hati pengundi," katanya dipetik.


Sementara itu, mengulas perkembangan politik yang menyaksikan kerjasama antara blok PH dan Barisan Nasional, Awang Azman dan Azmi Hassan dari Akademi Nusantara percaya gandingan kedua-dua pihak terbabit mampu menyekat PN di Selangor.


Awang Azman walau bagaimanapun berpendapat, perkara itu bergantung kepada sejauh mana kedua dua gabungan berkenaan mampu bekerjasama.

Bagi Azmi, walaupun beliau percaya kerusi PH boleh terus dipertahankan, namun PN masih berpeluang merampas kerusi milik BN di Selangor.


Hal itu jelasnya susulan parti itu kini berada dalam keadaan paling lemah dalam sejarahnya dengan pecah belah antara kelompok yang mendesak perubahan kepimpinan.


"Apa yang berlaku baru-baru ini dalam Perhimpunan Agung Umno, saya rasa Bersatu mampu memenangi beberapa kerusi di negeri itu, tetapi bukanlah sehingga menggulingkan Kerajaan Negeri kerana saya percaya PH dan BN akan bekerjasama dengan baik dari segi pembahagian kerusi,” katanya.


Beliau sementara itu meramalkan BN akan mengekalkan empat kerusi dimenangi dalam PRU14 iaitu Hulu Bernam, Sungai Burong, Sungai Panjang dan Sungai Air Tawar.


Manakala kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor seperti Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali serta kerusi dalam parlimen Sungai Besar seperti Sungai Panjang dan Sekinchan yang menyaksikan kemaraan PN pada PRU lalu bakal menyaksikan pertandingan sengit.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page