KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya bersama DAP DUN Ayer Keroh semalam telah berjaya menganjurkan program Jualan Ayam Murah 2.0
Menurut Ketua Penerangan Cabang Hang Tuah Jaya, Nurariff Luqman Zulkefli, Ketua Cabang Hang Tuah Jaya, Mohd Rafee Ibrahim turun bersama sama ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee memantau jualan ayam berkenaan kepada masyarakat setempat di Medan Selera Batu Berendam.
"Sambutan amat menggalakkan dari masyarakat setempat di mana 1.5 tan ayam telah berjaya dijual pada harga RM6.40 sekilo dalam masa 3 jam, bermula seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Rafee berkata, ayam berkenaan diterima dari beberapa penderma yang menyumbang bekalan.
"Selepas ini kita akan buat secara berkata mungkin 2 minggu sekali
"Setakat ini pihak Cabang Hang Tuah Jaya dan DAP Air Keroh akan membantu dari segi kaedah kita untuk turun ke bawah sama sama membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya.
Selain itu, Mohd Rafee juga sempat menyerahkan sumbangan pek makanan kepada penerima yang memerlukan di tapak jualan murah berkenaan.
Comments