top of page

KEADILAN dan Amanah Ledang bertemu erat kerjasama



Ketua Cabang KEADILAN Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Amanah Kawasan Ledang Azhar Ismail mengadakan pertemuan semalam bagi menguatkan kerjasama antara kedua-dua parti.


Menurut kenyataan bersama kedua-duanya, pertemuan itu diadakan untuk mengukuhkan permuafakatan menuju Pilihan Raya Umum ke 15 yang mungkin diadakan dalam tempoh setahun dari sekarang.


"Tujuan pertemuan adalah untuk memperkukuhkan permuafakatan dan kerjasama yang lebih rapi antara Amanah dan KEADILAN Ledang. Ini selaras dengan hasrat kepimpinan tertinggi parti terutama Majlis Presiden Pakatan Harapan iaitu memperkukuhkan Pakatan Harapan di semua peringkat.


"Pertemuan ini juga bertujuan untuk mempererat hubungan bersama dan juga mempersiapkan kekuatan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan berlangsung tidak lama lagi," kata kenyataan itu.


Dengan pertemuan berkenaan, mereka berharap segala perbezaan yang wujud antara parti, akan diurus dengan baik melalui semangat musyawarah dan perbincangan serta tumpuan gerak kerja akan dilibatkan bersama dari masa ke masa.


Pakatan Harapan Ledang komited untuk terus bekerja demi kepentingan rakyat terutama dalam usaha memerangi Covid-19.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page