top of page

KEADILAN Cabang Tenggara teruskan aktiviti ziarah agih sumbangan

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Oct 15, 2022
1 min read


Meskipun mula sibuk dengan persiapan Pilihan Raya Umum ke 15, KEADILAN Cabang Tenggara, Johor tetap meneruskan aktiviti ziarah mengagih sumbangan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Tenggara, Fakharuddin Moslim (gambar, kiri), aktiviti itu penting bagi mengetahui isu dan keperluan semasa penduduk di kawasan parlimen terbabit.


"Meneruskan aktiviti ziarah menyantuni penduduk di sekitar Taman Kemang, di bawah kawasan parlimen Tenggara.


"Sambil bertanya khabar, dapat juga mendengar pandangan penduduk sekitar tentang permasalah kehidupan mereka.


"Selaku Ketua Cabang KEADILAN Tenggara, program sebegini menjadi kelaziman buat kami, dan inshaAllah akan terus turun menyantuni masyarakat," katanya.


Fakharuddin memberikan sedikit sumbangan kepada keluarga yang memerlukan dalam aktiviti ziarah berkenaan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page