KEADILAN Cabang Tebrau, Johor mengusulkan beberapa perkara dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) semalam.
Menurut Ketua Angkatan Muda (AMK) Tebrau, R Yuneswaran, antara usul utama Cabang tersebut ialah menolak kerjasama dengan Tun Mahathir dalam Pilihan Raya Umum ke 15, selain menyokong pencalonan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan beberapa lagi usul.
"Sebagai anggota parti, hadir ke MATC adalah tanggungjawab asas. Selepas MATAMKC, saya selaku Timbalan Ketua Cabang turut hadir Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Tebrau.
"Pelbagai usul diutarakan dan dibahas secara mendalam. Antaranya adalah menolak kerjasama dengan Tun Dr Mahathir dalam PRU15, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri PH, penyelesaian isu rakyat tempatan, isu vaksinasi dan lain-lain
"KEADILAN Cabang Tebrau semakin hari semakin kukuh atas komitmen, sokongan dan dokongan anggota, AJK Cabang dan juga kepimpinan Ketua Cabang Saudara Teo. KEADILAN mempunyai kekuatan sendiri dengan akar umbi yang kuat dan setia bersama dalam perjuangan," katanya.
Menurut Yunes lagi, sudah hampir 22 tahun parti keramat itu telah melalui pelbagai cabaran, rintangan dan gelombang tetapi tidak patah semangat atau lemah dalam memperjuangkan agenda Reformasi.
MATC itu dirasmikan oleh Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir
Comments