top of page

KEADILAN Cabang Tebrau santuni rakyat, tambah anggota

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 15, 2022
  • 1 min read


KEADILAN Cabang Tebrau giat melakukan aktiviti kemasyarakatan dan menambah keahlian baharu.


Cabang Tebrau yang mendapat semangat baharu selepas pemilihan parti mengagihkan bakul makanan kepada beberapa keluarga di kawasan tersebut, semalam.

Program menambah keahlian parti diadakan

"Kami dari KEADILAN Cabang Tebrau telah mengagihkan bakul makanan kepada beberapa keluarga. Kami juga membuka kaunter pendaftaran anggota serta sukarelawan untuk langkah penyediaan (jentera) Pilihan Raya Umum ke15.

"Kami turut membincangkan untuk mewujudkan jentera Pusat Daerah Mengundi kawasan," kata kenyataan Cabang Tebrau.


Turut bersama dalam majlis tersebut adalah ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong selaku Timbalan Ketua Cabang serta pimpinan AJK Cabang dan pasukan Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN Tebrau.


Program agihan bantuan tersebut merupakan anjuran Wanita KEADILAN Tebrau bersama cabang berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page