KEADILAN Cabang Taiping kukuh kekuatan akar umbi
- Suara Keadilan

- Dec 29, 2025
- 1 min read

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Taiping melangkah proaktif memperkukuh kekuatan parti di peringkat akar umbi dengan menubuhkan 10 ranting baharu.
Ketua Cabangnya, Ahmad Zahid Khalid berkata, penubuhan ranting baharu dibawah fasa pertama itu melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pokok Assam, Aulong dan Kamunting.
"Penubuhan 10 ranting ini adalah bagi fasa pertama. Fasa kedua pula akan melibatkan penubuhan 10 ranting lagi pada masa akan datang
"Ini sebagai persediaan awal bagi memastikan KEADILAN Cabang Taiping berada dalam keadaan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk pertembungan politik pada masa akan datang," katanya dipetik.
Sepuluh ranting yang ditubuhkan melibatkan Ranting Kampung Aman, Kampung Potong Pinang, Taman Raja Idris, Asam Kumbang, Kampung Boyan, Taman Sri Kota, Kampung Jana, Bukit Jana, Kamunting dan Stesen Kamunting.
Ahmad Zahid sementara itu menegaskan, usaha memperkuat jentera di peringkat akar umbi itu turut secara langsung mengukuhkan penglibatan aktif Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang majoritinya terdiri daripada golongan belia berusia sekitar 35 tahun.
Ia sekali gus mencerminkan komitmen parti dalam memperkukuh peranan anak muda sebagai tonggak gerakan KEADILAN di masa hadapan.
Majlis meraikan penubuhan Ranting baharu itu disambut di Pasaraya Borong Sakan, Kamunting.
Pada acara tersebut, KEADILAN Taiping turut menyerahkan kupon ‘Back To School’ kepada 100 murid sekolah.
Sumbangan bernilai RM100 dari Pengerusi KEADILAN Negeri, Hairul Amir Sabri itu sebagai bantuan kelengkapan persekolahan bagi meringankan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan baharu.









Comments