top of page

KEADILAN Cabang Pulai gembleng seluruh kekuatan hadapi PRK



Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai yang akan diadakan pada 9 September ini bakal menguji kekuatan Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan Johor.


Sehubungan itu, KEADILAN Cabang Pulai, dalam kenyataannya menyahut cabaran untuk memastikan kemenangan kepada calon parlimen dari Amanah, Suhaizan Kaiat yang akan meneruskan legasi Datuk Seri Salahuddin Ayub di kawasan tersebut.


"Mesyuarat Parti Keadilan Keadilan Rakyat Cabang Pulai yang dipengerusikan oleh YB Jimmy Puah Wee Tse selaku Ketua Cabang pada 18 Ogos lalu telah membuat ketetapan bahawa KEADILAN akan menyokong sepenuhnya calon yang diletakkan oleh Pakatan Harapan


"KEADILAN Cabang Pulai sangat mengalu-alukan kerjasama daripada kesemua parti Kerajaan Perpaduan di Parlimen Pulai," kata kenyataan KEADILAN Cabang Pulai tersebut


Menurut kenyataan itu lagi, KEADILAN Cabang Pulai juga telah memutuskan untuk menggembleng seluruh kekuatan dan tenaga bagi memastikan memenangkan calon Kerajaan Perpaduan di Parlimen Pulai.


PRK Pulai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin pada bulan Julai lalu. Parlimen Pulai mengandungi 166,653 orang pemilih yang terdiri daripada 165,700 orang pengundi biasa, 927 orang polis dan 26 orang pengundi tidak hadir luar negara.


Pengundian di parlimen Pulai dijadualkan pada 9 September 2023.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page