
KEADILAN Penampang masih kukuh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, meskipun kehilangan ketua cabang, Kenny Chua yang dipecat selepas mengkhianati parti.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Datuk Christina Liew berkata perkara itu dibuktikan menerusi pendirian Timbalan Ketua Cabang, Joseph Alex Chang yang membuat keputusan untuk tidak mengikut Kenny, sebaliknya kekal bersama parti.
Disebabkan itu, Joseph dilantik sebagai ketua Cabang Penampang yang baharu.
"Joseph berjaya mempertahankan kubu kuat KEADILAN. Majoriti Jawatankuasa Cabang memberikan sokongan kepada beliau," kata Christina seperti dilaporkan oleh Borneo Daily Bulletin.
Dalam pada itu, Joseph memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti KEADILAN.
"Di sebalik apa yang berlaku, kita berada dalam landasan terbaik dan bersedia untuk menghadapi PRN akan datang," katanya.
KEADILAN pernah memenangi kerusi Parlimen Penampang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 menerusi Ignatius Darell Leiking, namun beliau keluar parti pada 2016 dan menyertai Warisan.
Beliau mempertahankan kerusi itu pada PRU-14, manakala KEADILAN tidak bertanding di kawasan itu.
Comments