KEADILAN Cabang Pagoh bantu mangsa kemalangan
- Redzuan Shamsudin
- Jan 25, 2022
- 1 min read

KEADILAN Cabang Pagoh baru baru ini melawat seorang mangsa kemalangan jalan raya, saudara Umar yang terlantar sejak 2019.
Menurut Penyelaras KEADILAN DUN Bukit Pasir, Subramani Chami, KEADILAN Pagoh berinisiatif membantu mengurangkan beban keluarga Umar yang menetap di Jalan Raja Bukit Pasir
"Saudara Umar telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang kerja pada tahun 2019 dan kini beliau berada dalam keadaan separa koma akibat kecederaan pada bahagian kepala yang serius.
"KEADILAN Cabang Pagoh turut memberikan sumbangan bakul makanan dan lampin pakai buang untuk kegunaan beliau. Sayu mata memandang melihat anak muda yang terlantar sakit," katanya.
Turut serta dalam lawatan itu, mantan ADUN Serom Ir. Dr. Faizul Amri Adnan, Pn Zuraidah Wagi, Ketua Wanita KEADILAN Pagoh, Pn Suzana dan Pn Maslinder.

Comments