KEADILAN Cabang Kluang baru-baru ini memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom yang telah dijadikan Hospital Covid-19 bagi Negeri Johor.
Menurut penyelaras program yang juga Setiausaha KEADILAN Cabang Kluang, Jaafar Matek, sumbangan itu diberikan atas rasa prihatin dan mengiktiraf pengorbanan yang dilakukan oleh barisan hadapan sejak wabak Covid 19 melanda negara.
"KEADILAN Kluang telah menyumbang barangan makanan (biskut) dan minuman (serbuk kopi) kepada Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk diagihkan kepada kakitangan dan juga pesakit-pesakit.
"Sumbangan kami disampaikan kepada pegawai yang bertugas.
"Terima kasih kepada semua wakil-wakil rakyat KEADILAN Johor yang sama-sama menyumbang bagi menjayakan program ini," katanya.
Ketua Cabang Kluang, Saudara Kalytas bersama-sama AJK Cabang Kluang turut hadir menyampaikan sumbangan tersebut.
KEADILAN Kluang juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengusaha Kilang Kopi Kluang Cap Televisyen yang memberi harga diskaun juga kepada wakil rakyat Chew Chong Sin yang membantu.
Comments