top of page

KEADILAN Cabang Kluang anjur program 'Ceria ke Sekolah'



KEADILAN Cabang Kluang dengan kerjasama ADUN Mahkota, Mohammad Said Jonit menganjurkan program 'Ceria Ke Sekolah' walaupun pelajar-pelajar masih belum dibenarkan kembali ke sekolah.


Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Kluang, Jaafar Matek, seramai 60 pelajar sekolah rendah dan menengah yang telah mendaftar di Google Form yang disediakan oleh KEADILAN Kluang seawal bulan Disember 2020 lalu diberikan sumbangan.


Katanya, program yang asalnya di berlangsung di Pasaraya Hari Hari telah bertukar ke Pejabat KEADILAN Kluang lantaran perlaksanaan PKP.


"Sebahagian pelajar menerima sumbangan pada hari ini dan selebihnya akan menerima pada ke esokan hari (Ahad).


"KEADILAN Kluang menyediakan sumbangan Ceria Ke Sekolah seperti beg, stokin, baju, kain, seluar, kasut, alat tulis dan botol air. Terima kasih kepada YB Mohamad Said yang menyumbang dana bagi menjayakan program tersebut," katanya.


Turut serta dalam majlis itu ialah Ketua Cabang Kluang, Kalytas, Ketua Wanita, Pn Haryati, Sdr Fauzi, wakil ADUN dan AJK Cabang Kluang


Jaafar juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu menyediakan dana sumbangan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page