top of page

KEADILAN Cabang Kluang anjur pertandingan futsal



KEADILAN Cabang Kluang menganjurkan Pertandingan Futsal KEADILAN Kluang Tahun 2020 semalam.


Pertandingan yang sepatutnya diadakan dalam bulan November lalu itu terpaksa ditunda akibat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksana ekoran pandemik Covid-19.


Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Kluang, Jaafar Matek, pertandingan itu disertai 25 pasukan yang membuat pendaftaran secara online.


"Pasukan TMT United telah menjuarai pertandingan tersebut dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM700 berserta piala dan medal, diikuti pasukan Bos 89FT tempat kedua, Young Boy tempat ketiga dan AWP FT tempat keempat," katanya.


Hadiah disampaikan oleh Chew Chong Sin, ADUN Mengkibol, Kalytas A/L Chandrahasan, Ketua KEADILAN Cabang Kluang, Jaafar Matek, Setiausaha Cabang Kluang, En Fauzi, wakil Muhamad Said Jonit, ADUN Mahkota dengan dibantu oleh Teh Ben Siang, Murti dan Johan Arif yang bertindak sebagai pengacara majlis.


Sehubungan itu, KEADILAN Kluang mengucapkan penghargaan kepada En Rezal yang bertindak sebagai Penyelaras Kejohanan, para pengadil juga komrad-komrad Jingga 13 Kluang yang bersama-sama membantu dalam pertandingan tersebut termasuk kepada pihak pengurusan stadium dan semua yang terlibat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page