top of page

KEADILAN Cabang Kluang agih sumbangan Deepavali

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Oct 29, 2021
1 min read


KEADILAN Cabang Kluang, Johor baru-baru ini mengagihkan sumbangan bantuan kepada masyarakat India sempena menyambut perayaan Deepavali.


Menurut Ketua Penerangan Cabang Kluang, Johan Arif, sumbangan tersebut diberikan kepada 16 keluarga dan dianjurkan di Pejabat KEADILAN Kluang.


"Majlis bermula lebih kurang pukul 5 petang dengan ucapan Ketua Cabang, saudara Kalytas, seterusnya menyampaikan sumbangan kepada penerima


"Terima kasih kepada Majlis Pimpinan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin dengan menyediakan kotak makanan tersebut," katanya.


Hadir bersama dalam program berkenaan ialah saudara Mathiwanan (Naib Ketua Cabang) , saudara Jaafar (Setiausaha), saudara Murti, saudara Ali, Puan Effa dan Pn Jyanti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page