
KEADILAN Cabang Kemaman, Terengganu memulakan persiapan rapi untuk mengembalikan kegemilangan parti di parlimen tersebut sejak kali terakhir menang pada Pilihan Raya Umum 1999 lalu.
Menurut Cabang Kemaman, bilik gerakan itu dibuka di bangunan pejabat Jalan Air Putih berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Kemaman.
"KEADILAN Kemaman akan menggerakkan seluruh jentera pilihan raya ke setiap Pusat Daerah Mengundi dan juga akar umbi di seluruh parlimen Kemaman bagi memastikan kemenangan calon KEADILAN di parlimen ini pada pru nanti," kata kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan Cabang berkenaan.