top of page

KEADILAN Cabang Jasin agih bantuan makanan kepada keluarga memerlukan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 6, 2021
  • 1 min read

ree

Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang belum berakhir menyebabkan banyak rakyat dalam kesusahan.


Meskipun Melaka diletak dalam Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 namun banyak rakyat yang masih perluan bantuan


Oleh itu, menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN Jasin, Ketua Cabang Jasin, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin baru-baru ini telah mengunjungi beberapa keluarga yang memerlukan bantuan bagi mengagihkan barang keperluan harian.


"Ketua Cabang Jasin beri bantuan bakul makanan kepada beberapa keluarga di Kampung Ayer Panas dan kawasan sekitar DUN Bemban.


"Sebagaimana dimaklumi, Fasa 1 hanya akan beralih ke Fasa seterusnya sekiranya tiga indikator dipenuhi antaranya meliputi jumlah kes harian, tahap sistem kesihatan awam dan kadar vaksinasi, justeru hanya golongan masyarakat tertentu sahaja dibenarkan meneruskan pekerjaan sebagai sumber pendapatan.


"Ini menyukarkan pelbagai pihak yang tidak dapat mencari sumber rezeki mereka sebagaimana lazimnya. Sebab itu kita turun ke lapangan untuk turut bantu mereka yang memerlukan," katanya.


Menurut beliau lagi, program seumpama itu dilaksanakan dari masa ke semasa bersama Datuk Seri Shamsul bersama Jawatankuasa yang lain dibantu oleh NGO serta sukarelawan bagi memastikan masyarakat terus dapat menjalani kehidupan seperti biasa.


Turut sama dalam kunjungan itu adalah Naib Ketua Cabang KEADILAN Jasin, Marhan Berahim, Ketua Wanita KEADILAN Cabang Jasin, Noranizah Abd Karim, Pengerusi Penggerak Harapan Rakyat, Syamsul Iqbal Mohd Akin dan Srikandi KEADILAN Cabang Jasin, Fify Nuriety serta Jawatankuasa yang terlibat dalam pengagihan sumbangan.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page