top of page

KEADILAN Cabang Ayer Hitam beri bantuan Deepavali

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 15, 2020
  • 1 min read


KEADILAN Cabang Ayer Hitam, Johor meraikan Deepavali dengan sumbangan bantuan kepada 24 keluarga kaum India yang memerlukan baru-baru ini.


Menurut Ketua Cabang Ayer Hitam, Jacqualine Neo (gambar, dua dari kiri), sumbangan itu dilakukan di DUN Yong Peng.


"KEADILAN Cabang Ayer Hitam menyumbang barang keperluan harian kepada 24 keluarga kaum India yang terkesan dengan ekonomi meleset sekarang ini. Semoga sumbangan ini dapat menceriakan dan meringankan beban keluarga mereka dalam menyambut perayaan.


"Terima kasih diucapkan kepada penyeleras program, saudara Mani Arasu selaku Naib Ketua Cabang, Puan Hairisah Othman selaku Ketua Wanita Cabang dan AJK-AJK Cabang, saudara Krisnamurthy Subramanian, saudara Mani Venthan dan saudara Sargunan Umpathy yang sudi meluangkan masa dalam menjayakan program sumbangan tersebut," kata Jacqualine dalam satu kenyataan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page