top of page

KEADILAN Cabang Ampang nafi bubar, kekal setia bersama Anwar Ibrahim


KEADILAN Cabang Ampang menafikan bahawa mereka telah bubar, sebaliknya masih kekal setia dan yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Penafian itu dibuat selepas 250 individu yang mendakwa sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) KEADILAN Cabang Ampang mengadakan sidang media dan mengumumkan keluar parti serta membubarkan cabang tersebut serta-merta.


Namun, barisan AJK KEADILAN Cabang Ampang yang sebenar mengeluarkan kenyataan rasmi dan turut menyenaraikan lebih 20 ahli cabang itu yang menyokong kepimpinan Anwar.


"Kami menafikan sekeras-kerasnya tentang pembubaran Cabang Ampang oleh mantan Jawatankuasa Cabang Ampang.


"Kami sebagai AJK Cabang Ampang yang sah akan meneruskan aspirasi mandat rakyat yang telah diamanahkan kepada Parti Keadilan Rakyat walaupun beberapa pimpinan telah memilih untuk mengkhianati mandat suci ini.


"Kami AJK Cabang Ampang masih kekal setia dan yakin dengan kepimpinan Datuk' Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden KEADILAN dan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor," menurut kenyataan itu.


Pada masa sama, KEADILAN Cabang Ampang menegaskan bahawa cabang parti itu akan terus wujud meskipun dikhianati oleh beberapa ahli parti sendiri termasuk Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang bertindak keluar parti.


"Usaha reformasi selama 22 tahun tidak akan berhenti hanya kerana segelintir yang berniat khianat bertindak keluar parti.


"Anggota KEADILAN Cabang Ampang yang sedia ada tetap komited agar obor reformasi diteruskan," katanya.


Berikut merupakan senarai AJK KEADILAN Cabang Ampang:


1. Suzana binti Shaharudin

Ahli Jawatankuasa Cabang Ampang (Dipilih)


2. Mohd Rozlan bin Ahmad Tajudin

Ahli Jawatankuasa Cabang Ampang (Dipilih)


3. Nadesan a/l Varathan

Ahli Jawatankuasa Cabang Ampang (Dipilih)


4. A. Ragunathan

Ahli Jawatankuasa Cabang Ampang (Dipilih)


5. B. Balakristhnan

Ahli Jawatankuasa Cabang Ampang (Dipilih)


6. P. Dhavi

Ahli Jawatankuasa Cabang Ampang (Dipilih)


7. Khor Yook Kee

Ahli Jawatankuasa Cabang Ampang (Dipilih)


8. Daing Muhammad Najib bin Bachok

Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Ampang (Dipilih) merangkap Bendahari AMK Cabang Ampang


9. Mohd Fahmi Inche Mohamad Nasim

Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Ampang (Dipilih)


10. Muhammad Kamil bin Azmei

Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Ampang (Dipilih)


11. Muhammad Shaheen Sidique bin Abdul Alim Sidique

Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Ampang (Dipilih)


12. Mohd Abdul Aziz bin Mohd Yusof

Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Ampang (Dipilih)


13. Muhammad Shafeeq bin Ahmed Salihin

Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Ampang (Dipilih)


14. Ismail Lutfi bin Monim

Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Ampang (Dipilih)


15. Filudin bin Suratman

Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Ampang (Dipilih)


16. Parthiban a/l Mohawan

Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Ampang (Dipilih)


17. Mathan Kumaran a/l Mohakadas

Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Ampang (Dipilih)


18. Norita Che Ali

Ahli Jawatankuasa Wanita Keadilan Cabang Ampang (Dipilih)


19. Satteiabama a/p Veeran

Ahli Jawatankuasa Wanita Keadilan Cabang Ampang (Dipilih)


LANTIKAN


1. Subramani a/l Rengasamy

Naib Ketua Cabang (Dilantik)


2. Mohd Kamri Kamarudin

Bendahari Keadilan Cabang Ampang (Dilantik)


3. Shahrom bin Hassan

Ahli Jawatankuasa Cabang Ampang (Dilantik)


4. Norsiah binti Janor

Pengerusi Tetap Wanita Keadilan Cabang Ampang

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page