top of page

KEADILAN buat laporan polis, siasat fitnah ke atas Wan Azizah



Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi mangsa terbaharu fitnah di media sosial oleh puak fanatik politik.


Susulan itu, KEADILAN Bandar Tun Razak membuat tiga laporan polis terhadap empat pemilik akaun media sosial berhubung dakwaan video fitnah ke atas Dr Wan Azizah kononnya dikaitkan dengan Israel.

Ketua Wanita Cabang, Jamilah Syed Mohamed yang ditemui pemberita selepas memfailkan laporan itu berkata, hantaran di media sosial itu jelas berniat jahat untuk menyebarkan fitnah dan memberi gambaran seolah-olah isteri perdana menteri itu menyokong Israel.


"Saya berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan secara terperinci dan menyeluruh serta mengambil tindakan tegas dan tangkapan berlandaskan undang-undang negara.


"Video seperti ini boleh menjatuhkan reputasi ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebagai isteri Perdana Menteri dan juga reputasi Perdana Menteri Anwar Ibrahim," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di Kuala Lumpur pada Isnin.


Ditengah konflik Palestin dan Israel yang sedang memuncak di Gaza, tiga pengguna media sosial pada Ahad dikesan memuat naik gambar dan video Dr Wan Azizah yang disunting.


Difahamkan, gambar yang disunting adalah gambar Wan Azizah bersama isteri pemimpin-pemimpin dunia lain termasuk isteri Perdana Menteri Turkiye, Emine Erdogan diraikan dalam satu majlis anjuran Wanita Pertama Amerika Syarikat bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 di Amerika Syarikat, pada 21 September lepas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page