top of page

KEADILAN Baram wujudkan kaunter bergerak daftar e-Madani, PADU

Updated: Jan 15



KEADILAN Cabang Baram mengalu alukan langkah kerajaan untuk mengumpul maklumat penuh penduduk Malaysia melalui sistem e-Madani, PADU dan sebagainya.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Baram, Roland Engan, matlamat kerajaan itu amat baik bagi mengelakkan golongan terpinggir tercicir daripada memperolehi bantuan kerajaan.


Bagaimanapun, katanya, masyarakat pedalaman khususnya di Sarawak memerlukan sokongan tertentu untuk mendaftar kerana mereka sama ada tidak memiliki peranti telefon terbaharu atau kawasan kediaman tiada rangkaian internet atau telefon.


Sehubungan itu, KEADILAN Baram katanya akan mewujudkan kaunter bergerak bagi mendaftarkan penduduk di pedalaman.


"Bagi KEADILAN Baram, memandangkan pendaftaran e-Madani dan PADU dibuat secara online, Jawatankuasa KEADILAN Baram sedia membantu mendaftar bagi mereka yang bermasalah berbuat demikian.


"Kaunter bergerak juga akan diadakan di beberapa tempat yang ada capaian internet yang baik nanti," katanya dalam satu kenyataan.


Hal itu, menurut Pengerusi KEADILAN Sarawak tersebut, merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat di peringkat Cabang Baram baru baru ini.


"Isu lain yang dibangkitkan ialah keperluan khas untuk pihak Kerajaan mendaftar PADU secara manual dan lawatan ke kampung-kampung secara fizikal dengan segera.


"Perkara ini telah diikhtiarkan oleh Kerajaan namun hebahannya mesti teratur dan sistematik supaya lawatan "Rural Squad" ini mendapat sambutan yang baik oleh penduduk pedalaman Baram.


"Untuk lawatan seumpama ini KEADILAN Baram juga sedia membantu meuar-uarkan lawatan "Rural Squad" itu mengikut jadual yang disediakan nanti," katanya.


Roland berharap akan mendapat kerjasama semua pihak dalam menjayakan usaha berkenaan.


Katanya, tujuan kerjasama tersebut agar proses pendaftaran E-Madani dan PADU dijayakan dengan mudah dan lancar serta tiada sesiapa yang tertinggal.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page